Perubahan.....ianya suatu kebaikan?
Tidak tahu kenapa tetapi baru-baru ini terasa banyak perubahan telah berlaku. Sekumpulan rakan-rakan di sini (luar negara) tidak lagi semesra dahulu. Ramai menjadi mudah tersinggung malah ada dua mamalia yang mula mengelakkan aku tanpa aku tahu sebabnya. Aku yang begitu sabar dan dikatakan 'perfect' (yang nak muntah boleh muntah...haha) boleh menyinggungkan hati orang tanpa disedari aku sendiri? Nampaknya kena beli Lotto, 4D Magnum ni. Tak mungkin kata-kata aku boleh menyebabkan rakan yang rapat menjadi seorang yang hampir tidak dikenali.
Mula-mulanya ingin bertanyakan sebab apabila ada peluang menangkapnya seorang diri tapi rakannya pulak menganggap diri pengawal peribadi dan melekat padanya seperti gam UHU. Tolonglah jangan menghulurkan bantuan tanpa bertanya dahulu "bantuan anda itu sebenarnya diperlukan atau tidak", kerana kekadang membantu tanpa diminta adalah kurang ajar/banyak songel.
Aku hanya ingat yang aku pernah memberitahunya bahawa aku ni seorang yang 'individulistik' dan tidak suka melibatkan diri mahupun ambik berat dalam hal-hal orang lain terutama perselisihan faham antara rakan dan percintaan. Hanya apabila rakan yang terlibat mengalami cedera fizikal ataupun mahu bunuh diri kerana perselisihan tersebut, baru aku akan melibatkan diri. Jika diorang nak aku menjadi seorang penyibuk yang suka melibatkan diri dalam perselisihan rakan dan menolongnya memarahi/memboikot orang yang menyinggungkan hatinya, gomenasai... aku tidak mempunyai minat, masa mahupun tenaga untuk berbuat demikian.

Adakah mereka telah berubah ataupun aku sendiri telah berubah? Perangai mungkin boleh berubah tetapi kematangan tak mungkin boleh merosot. Aku bukannya marah kepada orang yang mengelakkan aku kerana tiada sebabnya aku marah kepadanya tetapi apa yang aku geram adalah:

Adakah mereka telah berubah ataupun aku sendiri telah berubah? Perangai mungkin boleh berubah tetapi kematangan tak mungkin boleh merosot. Aku bukannya marah kepada orang yang mengelakkan aku kerana tiada sebabnya aku marah kepadanya tetapi apa yang aku geram adalah:
1) tidak tahu sebab dia mengelakkan aku
2) rakannya yang banyak songel menyebabkan aku tak dapat nak bertanyakan sebab
Tolonglah matang sikit kekawan yang digelar homo sapiens. Walaupun aku ni seorang yang penyabar dan tahap toleransi aku adalah amat tinggi, tapi itupun ada hadnya. Kalau seseorang itu dapat membuatkan aku naik marah, maknanya dia telah membuat satu kesilapan yang amat besar kerana aku tak pernah naik marah sejak empat tahun yang lalu. Harap rekod itu tidak dipecahkan, insya-allah... kerana aku tak boleh jamin keselamatan orang yang terlibat. Sembahyanglah sebelum anda disembahyangkan...